ieatmusic + VIMA = INDIE
  Fashion and Retail Predictions for 2009
  Chiang Mai on a Budget
  Top 10 Scariest Movies Ever?
  Christmas 2008 at Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  The SPIRIT Review
  Motherjane -Best International Act Nominee (VIMA)
  Win Exclusive Passes to Attend The VIMAs (Malaysia's First Indie Music Awards).
  Stills from Valkyrie
  Invitation to Cisco SMB Connections - Improving Business Operation (15 Jan 2009)
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Azhar tolak pemberian elaun untuk ketua pembangkang
Nov 14, 08 4:12pm
Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim menolak pemberian elaun sebanyak RM1,000 yang diperuntukkan kerajaan negeri untuk jawatan tersebut.

azhar ibrahimAzhar berkata beliau akan mengesahkan penolakan elaun itu dalam persidangan DUN Isnin ini.

Peruntukan elaun itu yang terkandung dalam Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (Saraan) (Pindaan) 2008 telah diluluskan sebulat suara dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Bagaimanapun, Azhar yang juga Setiausaha Umno Pulau Pinang, berterima kasih dan menghargai kesungguhan kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Lim Guan Eng atas inisiatif itu.
    
"Saya menghargai pemberian itu tetapi saya menolak peruntukan itu dan menyerahkannya semula kepada kerajaan negeri,"  katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2009 di sidang DUN itu hari ini.
    
Beliau berkata penolakan elaun itu dibuat atas beberapa sebab iaitu berdasarkan keadaan kegawatan ekonomi ketika ini, peruntukan itu lebih sesuai diguna untuk rakyat dan pembangunan negeri.

Selain itu Azhar tidak mahu dirinya terkongkong dan tidak bebas menyuarakan
 pendapat serta merasa terhutang budi dengan kerajaan negeri kerana pemberian elaun itu.
    
"Sebab ketiga ialah saya tidak mahu diri saya dijadikan sebagai rujukan kepada negeri-negeri lain supaya ketua pembangkang diberi elaun," katanya.
    
Ditanya sama ada terdapat faktor lain yang menyebabkan beliau menolak pemberian itu, Azhar berkata: "Saya sendiri yang menolak elaun ini...Ini keputusan peribadi saya kerana wang itu juga untuk kegunaan peribadi saya. Jumlah elaun itu juga bukan persoalan utama".


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner