How To Avoid New Year Hangovers...
  Internet Trends 2009
  Rihanna Live in Kuala Lumpur 2009!
  See Feel Think Do
  ieatmusic + VIMA = INDIE
  Fashion and Retail Predictions for 2009
  Chiang Mai on a Budget
  Top 10 Scariest Movies Ever?
  Christmas 2008 at Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  The SPIRIT Review
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Pelancaran kempen hapus ISA dicadang di Ampang Jaya
Jimadie Shah Othman | Nov 17, 08 3:37pm
Perhimpunan melancarkan kempen mendesak kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 23 November ini, dicadang diadakan di kawasan Ampang Jaya, Selangor.

syed ibrahim syed norMenurut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), perhimpunan pada hari Ahad depan itu dijangka dihadiri lebih 2,000 peserta.

GMI adalah penganjur bersama perhimpunan itu dengan kumpulan NGO dan Pakatan Rakyat.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Pengerusi Syed Ibrahim Syed Noh berkata, sehingga ini pelancaran kempen tersebut dicadang diadakan di Ampang Jaya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lain perhimpunan itu dengan alasan ia masih belum diputuskan.

Beliau sebaliknya berkata, pihak media akan diberitahu apabila sampai waktunya.

Kelmarin,  Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan berkata Pemuda PAS bersama-sama dengan PAS Pusat dan GMI akan melancarkan kempen itu pada 23 November ini.

Nasrudin berkata mereka juga akan mengadakan himpunan besar-besaran 100,000 orang  pada Mac depan sebagai kemuncak kempen tersebut.

'Kesan besar'


Ditanya sama ada pihaknya akan memohon permit polis untuk kedua-dua perhimpunan tersebut, Syed Ibrahim berkata, perkara itu masih belum diputuskan lagi.

Beliau turut menolak kemungkinan perhimpunan membantah ISA diadakan seminggu sekali seperti perhimpunan membantah kenaikan harga minyak sebelum ini.

Menurut Syed Ibrahim, setiap perhimpunan harus menghimpunkan bilangan yang ramai untuk memberikan kesan yang besar kepada masyarakat.

Bagaimanapun tegas beliau, jika ada pihak yang ingin menganjurkannya, GMI tidak pernah menentangnya.

Sepanjang November hingga perhimpunan besar Mac nanti, katanya, kempen itu akan turut diisi dengan aktiviti-aktiviti lain seperti forum dan persembahan teater.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu masih belum lagi diputuskan.

Beliau menjangkakan keputusan dapat dibuat dalam tempoh sebulan.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner