See Feel Think Do
  ieatmusic + VIMA = INDIE
  Fashion and Retail Predictions for 2009
  Chiang Mai on a Budget
  Top 10 Scariest Movies Ever?
  Christmas 2008 at Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  The SPIRIT Review
  Motherjane -Best International Act Nominee (VIMA)
  Win Exclusive Passes to Attend The VIMAs (Malaysia's First Indie Music Awards).
  Stills from Valkyrie
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
PLUS tawar diskaun mulai 1 Januari
Wong Teck Chi | Nov 18, 08 12:09pm

Semua kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya ELlITE, akan menikmati potongan diskaun 10 peratus dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.

plus highway 181108Pelancaran program insentif perjalanan PLUS itu bertujuan untuk memberi insentif kepada orang ramai menggunakan lebuhraya di luar waktu puncak.

Tawaran diskaun tersebut berkuatkuasa selama dua tahun - dari 1 Januari ini hingga 31 Disember 2010.

Bagi musim perayaan PLUS menawarkan 10 peratus bagi kenderaan ringan yang menggunakan lebuhraya PLUS antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.

Diskaun tol terkumpul ini akan diberikan dalam mana-mana enam hari di antara 7 hari sebelum dan 7 hari selepas satu-satu musim perayaan.

Tawaran ini juga akan berkuatkuasa dari 1 Januari depan sehingga 31 Disember 2010. 

Manakala pengguna lebuhraya PLUS dan ELITE, yang menggunakan sistem bayaran tol elektronik dengan bayaran terkumpul minima sebanyak RM200 setiap bulan, pula bakal menikmati rebet sebanyak 5 peratus sebulan.

Sebagai insentif 

Rebet ini ditawarkan kepada pengguna yang berdaftar dengan Program Loyalti PLUS (Plusmiles) yang akan dilancarkan sedikit masa lagi.

Tawaran ini akan bermula pada 1 Januari ini bagi pengguna kad Touch N' Go dan Smart Tag.

Menurut Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad, Noorizah Abdul Hamid, pelancaran program insentif perjalanan PLUS itu bertujuan memberi insentif kepada orang ramai menggunakan lebuhraya di luar waktu puncak.

Menurutnya, melalui insentif pertama, pemandu yang menggunakan lebuhraya utara selatan dari plazo tol Jalan Duta ke plaza tol Ipoh Selatan, hanya perlu membayar tol sebanyak RM23.80 berbanding RM26.50 yang dikenakan sekarang.

Melalui insentif kedua pula, pengguna yang memandu pada luar waktu puncak pada musim perayaan, akan menikmati diskaun tol terkumpul hampir 20 peratus jika mereka menggunakan lebuhraya PLUS dan ELITE antara jam 12 tengah malam sehingga 7 pagi.

Sebagainya perjalanan sehala dari plaza tol Jalan Duta ke plaza tol Ipoh Selatan hanya perlu membayar kira-kira RM21.40 berbanding RM26.50 sekarang.

 

 

 



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner