Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengumumkan keputusan mengenai hukum berhubung senaman yoga dalam minggu ini, kata pengerusinya Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin. Katanya draf kandungan fatwa itu sudah siap minggu lepas setelah beliau pulang dari urusan tugas di luar negara. "Saya harus menyemak dan memperhalusinya terlebih dahulu sebelum menghantarnya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," katanya kepada pemberita setelah menghadiri majlis perasmian satu seminar mengenai undang-undang perbandingan di Putrajaya hari ini. Menurut laporan Bernama, Abdul Shukor berkata fatwa bukan di bawah kuasa Majlis Fatwa tetapi di bawah kuasa negeri. Majlis itu, katanya, hanya memberi pandangan dan menyelarasnya sebelum merujuk fatwa itu kepada Majlis Raja-raja untuk pengesahan. Keraguan mengenai yoga daripada segi hukum timbul setelah pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Zakaria Stapa berkata pergerakan senaman yoga adalah berdasarkan unsur agama Hindu yang dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam yang mengamalkannya.
|
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
|