ieatmusic + VIMA = INDIE
  Fashion and Retail Predictions for 2009
  Chiang Mai on a Budget
  Top 10 Scariest Movies Ever?
  Christmas 2008 at Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  The SPIRIT Review
  Motherjane -Best International Act Nominee (VIMA)
  Win Exclusive Passes to Attend The VIMAs (Malaysia's First Indie Music Awards).
  Stills from Valkyrie
  Invitation to Cisco SMB Connections - Improving Business Operation (15 Jan 2009)
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Shahrizat diminta kotai janji
Abdul Rahim Sabri | Nov 18, 08 7:15pm
Wanita Umno Selangor menggesa Datuk Seri Shahrizat Jalil agar berpegang dengan janji-janjinya untuk tidak mencabar Tan Sri Rafidah Aziz dalam pemilihan ketua Wanita Umno Mac depan.

Sumber-sumber yang rapat dengan Wanita Selangor mendakwa, Shahrizat sebelum ini pernah berjanji - dengan disaksikan oleh ketua-ketua Wanita negeri - akan mematuhi pelan peralihan kuasa pada Jun 2009.

wanita umno pak lah meet rafidah shahrizat event  040808Dalam perbincangan tersebut kata sumber-sumber itu, Shahrizat juga berkata, beliau amat menghormati Rafidah dan tidak akan menentang ketuanya.

"Ekoran itu, wanita akar umbi berasa tidak senang dengan keputusan Shahrizat mendesak supaya peralihan kuasa dipercepat ke Mac ini dan tidak seperti mana yang dirancang Jun depan.

"Mereka rasa dimain-mainkan, dianiayai," kata sumber-sumber itu.

Selepas selesai mesyuarat bahagian hujung minggu lalu, 16 daripada 22 Wanita bahagian di Selangor mencalonkan gandingan Rafidah-Shahrizat untuk jawatan ketua dan naib ketua.

Selepas mesyuarat bahagian selesai 117 bahagian mencalonkan semula Rafidah untuk mempertahankan jawatannya manakala 73 bahagian lagi mencalonkan Shahrizat untuk jawatan tersebut.

'Tidak tegas'


Shahrizat yang layak bertanding jawatan ketua, turut dicalonkan oleh 116 bahagian untuk mempertahankan jawatan naib ketua yang disandangnya sekarang.

Manakala Kamilia pula memperolehi 55 pencalonan dan layak bertanding jawatan naib ketua.

Berikutan itu, mesyuarat exco Wanita Umno pada 10 November lalu, memutuskan untuk mengekalkan peralihan kuasa pada Jun 2009 dan menetapkan jawatan ketua dan naib ketua tidak dipertandingkan Mac depan.

Sehari selepas itu, Kamilia yang juga exco pergerakan itu, mengumumkan tetap dengan pendirian untuk bertanding jawatan naib ketua Wanita.

Oleh kerana itu, sumber-sumber tersebut menyifatkan Shahrizat sebagai "orang yang tidak tegas" dan "tidak ada pendirian" kerana mahu mempercepatkan peralihan kuasa itu.

Sumber-sumber itu juga berkata, sekarang adalah masa yang tepat untuk wanita akar umbi menilai seorang pemimpin.

"Dia tidak boleh memimpin, (tapi) dia dipimpin," kata sumber-sumber itu sambil menambah: "Kita tidak boleh berpaut di dahan yang rapuh."


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner