How To Cure Migraines: Super Tips!
  Top 26 Sexiest Cartoon Babes
  Eeek! A Penis!!
  Gwen Stefani's Sweet Escape Parody
  How To Avoid New Year Hangovers...
  Internet Trends 2009
  Rihanna Live in Kuala Lumpur 2009!
  See Feel Think Do
  ieatmusic + VIMA = INDIE
  Fashion and Retail Predictions for 2009
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Karpal beri Zaki 7 hari letak jawatan
Nov 18, 08 7:45pm
Pengerusi DAP Karpal Singh memintaKetua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi meletakkan jawatan dalam masa tujuh hari ekoran kenyataan Zaki mengenai rasuah di kalangan kakitangan mahkamah
semasa beliau menjadi peguam pada 1987.

Beliau berkata Zaki jangan menafikan bahawa beliau telah mengeluarkan perkataan yang dilaporkan dalam the New Straits Times pada 8 November kerana ada rakaman audio mengenai apa yang beliau katakan di Kuching, sehari sebelum itu.  

Karpal Singh berkata penjelasan oleh Zaki mengenai kenyataan itu, yang dilaporkan dalam akhbar yang sama pada 9 November, tidak mengandungi kebenaran tersebut, demikian menurut Bernama.
    
Zaki dilaporkan berkata bahawa "beliau mengambil enam bulan untuk menjadi baik, rasuah setiap individu untuk diterima baik..."
    
"Beliau dengan itu, bukanlah seorang yang layak dan yang sesuai untuk memegang jawatan tertinggi itu sebagai Ketua Hakim Negara," kata Karpal Singh kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Karpal Singh berkata jika Zaki tidak meletak jawatan dalam masa tujuh hari, beliau akan membentangkan satu usul terhadapnya di bawah Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan.
    
Artikel itu menyebut; Perilaku seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi janganlah dibincangkan sama ada di Parlimen kecuali mengenai usul substantif di mana notis diberikan tidak kurang daripada suku keseluruhan bilangan anggota Dewan itu, dan tidak dibincangkan di Dewan Undangan mana-mana negeri.    


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner