How To Avoid New Year Hangovers...
  Internet Trends 2009
  Rihanna Live in Kuala Lumpur 2009!
  See Feel Think Do
  ieatmusic + VIMA = INDIE
  Fashion and Retail Predictions for 2009
  Chiang Mai on a Budget
  Top 10 Scariest Movies Ever?
  Christmas 2008 at Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  The SPIRIT Review
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
4 bahagian di Sabah alih sokongan kepada Shahrizat
Nov 19, 08 5:51pm
Empat bahagian Wanita Umno di Sabah, yang mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua Wanita Umno semasa persidangan peringkat bahagian baru-baru ini, kini mengalihkan sokongan kepada
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Armani Mahiruddin, yang mengesahkan perkara itu hari ini, berkata empat bahagian itu ialah Keningau, Kimanis, Tuaran dan Semporna.
    
Berikutan itu, sehingga hari ini 18 daripada 25 bahagian di negeri itu  menyokong agar Shahrizat diberi peluang mengambil alih jawatan ketua wanita dalam pemilihan Mac depan.
    
"Sebelum ini, 14 bahagian mencalonkan Shahrizat sebagai ketua yang secara jelas menggambarkan mereka tidak setuju dengan peralihan kuasa pada Jun.
    
"Hari ini, empat lagi bahagian Wanita yang mencalonkan Rafidah telah menyatakan sokongan terbuka kepada Shahrizat untuk bertanding jawatan ketua,"  katanya hari ini, demikian dilaporkan oleh Bernama.

Armani berkata ketua pergerakan wanita bahagian yang menyatakan komitmen itu ialah Amelia Anjun (Keningau), Maznah Ghani (Kimanis), Jamaliah Antaup (Tuaran) dan Manis Muka Mohd Dara (Semporna).

Beliau berkata sokongan itu bukan bermakna Wanita Sabah ingin melihat pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Wanita tetapi ingin memastikan pelan peralihan dapat dilaksanakan serentak dengan peralihan kepimpinan dalam Umno antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
    
"Sokongan kepada Datuk Seri Shahrizat mencerminkan angin perubahan yang tidak wajar disekat lagi. Kita faham Tan Sri Rafidah juga mendapat sokongan kuat tetapi kita merasakan bahawa adalah lebih sesuai peralihan diawalkan pada Mac ini.
    
"Ia penting bagi mengukuhkan pergerakan Wanita itu sendiri dalam menghadapi cabaran akan datang terutama persediaan menghadapi pilihanraya umum ke-13,"  katanya.
    
Armani, yang juga Ketua Wanita Umno Libaran berkata, Wanita Umno Sabah menyokong penuh kenyataan Abdullah meminta supaya pergerakan itu segera menyelesaikan kemelut yang timbul.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner